JIN FONG
JIN FONG

Majistret Nur Sulehan Abd. Rahman memutuskan demikian setelah tertuduh, Goh Jin Fong, 52, mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah.

Mengikut pertuduhan, Jin Fong didakwa dengan sewenang-wenangnya dan tanpa sebab telah melakukan sesuatu tindakan yang menyebabkan kesakitan dan penderitaan tidak wajar ke atas seekor anjing Rottweiler berwarna hitam dan coklat.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di dalam sangkar di hadapan rumah No. 76, Jalan Mutiara Emas 2/7 Taman Mount Austin di sini pada 22 Ogos 2017.

Jin Fong di­dakwa mengikut Sek­syen 44(1)(d)­ Akta Binatang 1953 (Semakan 2006) Akta 647 dan dibacakan bersama Akta Binatang 2013 (Akta A1452) dan boleh dihukum di bawah Sekysen 44(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman ­de­n­­­da tidak lebih RM50,000 dan penjara maksimum satu tahun atau kedua-duanya.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.