Majlis angkat sumpah Menteri Besar ke-16 itu berlangsung penuh istiadat di Balai Menghadap Istana di hadapan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Turut berangkat pada maj­lis berkenaan ialah Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail; Tunku Panglima Johor, Tunku Abdul Rahman; Tunku Putera Johor, Tunku Abu Bakar serta kerabat diraja yang lain.

Osman, 67, yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kempas berkata, beliau komited untuk melaksanakan janji-janji yang telah diumumkan Pakatan Harapan (PH) dalam tempoh 100 hari memerintah kerajaan negeri.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.