Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Mahfuz Omar berkata, ia bagi menjamin masa depan mereka dan waris sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini dengan mendapat faedah atau pampasan setimpal.

"Majikan juga diminta telus membuat caruman serta mencarumkan seseorang pekerja dalam tempoh 30 hari seseorang itu masuk bekerja dan bukan tiga bulan seperti yang sering dipraktikkan ketika ini," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Beliau berkata, majikan yang gagal membuat caruman boleh diambil tindakan mengikut Seksyen 6 Akta Keselamatan Sosial 1969 yang boleh dikompaun hingga RM4,000 dan didakwa di mahkamah.

Terdahulu, beliau menyampaikan cek Faedah Pengurusan Jenazah Perkeso berjumlah RM2,000 kepada Sharifah Rodziyah Syed Mohd. Hanif, 29, balu Allahyarham Rohaizad [email protected] yang maut dalam kemalangan di hadapan Majid Zahir pada Khamis lepas di Kampung Limbong Kapal di sini hari ini.

"Syukur Alhamdulillah dengan wang pencen bulanan ini dapatlah meringankan beban yang ditanggung kerana saya dan ibu mertua, Rohani Harun, 64 hanya bergantung pendapatan Allahyarham sebagai kakitangan di sebuah pawangan di sini," katanya yang turut menerima Faedah Orang Tanggungan bermula September depan.

Pencen bulanan yang diterima berdasarkan Bencana Kerja mengikut Seksyen 24 Akta Keselamatan Sosial Pekerja (AKSP) 1969 dan sejak Januari hingga Julai tahun ini, sebanyak 7,142 tuntutan telah dibuat oleh waris membabitkan bayaran pampasan berjumlah RM22,429,613.42. - Bernama