Pengerusi Jaringan Kampung Orang Asli Kelantan, Mustafa Along, 30, (gambar kecil) berkata, Orang Asli suku Temiar telah dituduh mencuri barang-barang iaitu seunit gergaji rantai, tiga tong minyak petrol dan satu unit koordinat sistem kedudukan (GPS) yang kesemuanya dianggarkan bernilai hampir RM6,800.

“Kami pada mulanya membenarkan seorang pekerja pembalakan untuk masuk ke kawasan sekatan di Cawas kerana pekerja itu mendakwa ingin mengambil keluar rakannya yang sakit.

“Namun begitu, pekerja pembalakan itu kemudian menuduh kumpulan Orang Asli mencuri barang-barang yang disimpan di tapak rumah kongsi milik mereka di Sungai Gesek,” kata beliau ketika dihubungi semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.