Beliau berkata antara puncanya ialah kurang ilmu pengetahuan mengenai kepentingan mengambil suntikan serta cara hidup mereka yang kerap berpindah-randah sehingga menyebabkan pegawai kesihatan sukar memberi suntikan imunisasi kepada kanak-kanak kaum minoriti itu.

“Jadi, Kementerian Kesihatan bersama-sama Jakoa (Jabatan Kemajuan Orang Asli) akan melakukan pelbagai cara untuk memujuk Orang Asli supaya menerima suntikan vaksin bagi mengelak sebarang penyakit berjangkit.

“Saya berharap masyarakat Orang Asli mengambil berat kesihatan mereka dan mengambil iktibar apa yang terjadi terhadap penduduk Orang Asli di Kuala Koh di Gua Musang,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis ramah mesra pemimpin bersama masyarakat Orang Asli Dewan Undangan Negeri (DUN) Chenderiang yang turut dihadiri Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu di sini, hari ini.- Bernama