Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Kelantan/Terengganu, Hashim Alang Abdul Hamid berkata, dengan itu, seramai 434 orang daripada masyarakat Orang Asli di Gua Musang sudah menerima suntikan vaksin berkenaan sehingga ini.

Katanya, pada Ahad dan Isnin lepas petugas Jabatan Kesihatan Daerah Gua Musang memberi suntikan kepada 204 penduduk suku Bateq di Kampung Kuala Koh dan Kampung Aring 5. 

Bagaimanapun, katanya, seramai 109 penduduk Orang Asli masing-masing 66 orang penduduk Kampung Pasir Linggi yang masuk hutan, Kampung Kuala Koh (6) dan 37 orang lagi dari Kampung Aring 5, masih belum menerima suntikan berikutan masalah kesihatan dan ada yang masuk hutan mencari rezeki. 

Dalam musibah awal Mei lepas, 15 Orang Asli Suku Batek dari  Kampung Kuala Koh meninggal dunia kerana dipercayai dijangkiti demam campak manakala 112 penduduk lagi menerima rawatan di Hospital Gua Musang (HGM), Hospital Kuala Krai (HKK) dan Hospital Sultanah Zainab ll Kota Bharu. - Bernama