Dalam serbuan antara pukul 9 hingga 11.30 malam tersebut pihak berkuasa turut menahan dua penjaga disyaki bapa dan ibu ayam warganegara Filipina serta enam remaja perempuan berusia antara 16 hingga 19 tahun.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner M. Chandra berkata, kesemua remaja itu disyaki menawarkan perkhidmatan seks di apartment dan hotel berkenaan.

"Serbuan Ops Noda-Cantas ini dilakukan hasil risikan dan berpandukan maklumat awam yang diterima pasukan polis.

"Hasil risikan mendapati lokasi serbuan itu menjadi tumpuan aktiviti pelacuran di kawasan sekitar," katanya hari ini.

Sementara itu, dalam serbuan berasingan di Bandaran Berjaya, polis juga menahan empat suspek termasuk tiga pelacur rakyat tempatan berusia antara 19 hingga 43 tahun.

Kes disiasat mengikut Seksyen 372B Kanun Keseksaan, Seksyen 373 Kanun Keseksaan, Seksyen 372A Kanun Keseksaan dan Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952. - K! ONLINE