Dalam kejadian kira-kira pada pukul 7.44 pagi itu, mangsa, Win Alang, 35, dari Taman Gopeng Jaya di sini itu meninggal dunia di lokasi kejadian selepas mengalami kecederaan parah.

Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Hasron Nazri Hashim berkata, siasatan awal mendapati Toyota Wish yang dipandu seorang lelaki berusia 52 tahun itu dalam perjalanan dari Gopeng ke Ipoh.

“Tiba di lokasi kejadian, sebuah lori dari arah bertentangan telah membelok masuk ke simpang secara tiba-tiba menyebabkan pemandu Toyota Wish terpaksa mengelak ke laluan bertentangan.

“Ketika mengelak lori tersebut, Toyota Wish itu telah melanggar mangsa yang berhenti di persimpangan jalan sebelum kenderaan itu terbalik di ,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Online sebentar tadi.

Tambah Hasron Nazri, akibat pelanggaran itu, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah.

“Mayat mangsa dibawa ke Hospital Kampar untuk proses bedah siasat.

“Pemandu Toyota Wish yang juga seorang pegawai tentera itu pula mengalami kecederaan ringan dalam kejadian tersebut,” katanya.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - K! ONLINE