Penolong Pengarah Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak, Tiong Ling Hii berkata, operasi SAR yang memasuki hari kedua itu dimulakan pada pukul 8.30 pagi.

Menurutnya, radius pencarian dianggarkan dua kilometer dari lokasi mangsa dilaporkan hilang sebelum ini.

"Operasi SAR hari ini turut disertai anggota pasukan penyelamat di air (PPDA) yang melakukan selaman di bawah permukaan jeti Pangkalan Panjang iaitu lokasi kali terakhir mangsa dikesan sebelum dilaporkan hilang," katanya ketika dihubungi hari ini.

Ling Hii memberitahu, setakat pukul 11 pagi ini, mangsa masih belum lagi ditemui. - K! ONLINE