Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Dr Abang Abdul Rahman Zohari Tun Abang Openg telah menyempurnakan pelancaran aset terbaharu milik APMM Sarawak yang bernilai RM70 juta tersebut.

KM Sri Aman yang sepanjang 44 meter dan mempunyai lebar 7.7 meter itu merupakan kapal berteknologi tinggi yang dibina dengan menggunakan kepakaran tempatan.

Kapal berkenaan turut berkemampuan untuk melaksanakan tugas mengawal tumpahan minyak kerana ia memiliki peralatan kawalan tumpahan minyak buatan dari Denmark selain digunakan dari aspek operasi, penguatkuasaan dan logistik.

Kelebihan KM Sri Aman berbanding kapal maritim lain adalah pada kelengkapan
teknologi alat penerbangan kawalan jauh buatan atau dron yang mampu diterbangkan sehingga enam jam dengan jarak penerbangan sejauh 800 kilometer (km).

KM Sri Aman juga diperkasakan lagi dengan persenjataan moden dan terkini iaitu meriam Aselsan Smash 30mm yang mempunyai kadar tembakan sebanyak 200 butir peluru seminit dengan jarak berkesan sejauh 15 hingga 20 km. - K! ONLINE