Pengarah Perhilitan Kelantan, Mohd. Hasdi Husin berkata, gajah tersebut dipercayai terpisah daripada kumpulan 12 ekor gajah yang mendiami kawasan hutan Sungai Rek, Kuala Krai dan menceroboh kebun durian itu untuk mencari makan.

"Anggota Perhilitan sudah menjalankan operasi mengesan gajah tersebut tetapi gagal menemui dan dipercayai haiwan tersebut sudah memasuki semula kawasan hutan Sungai Rek," katanya ketika dihubungi hari ini.

Dalam kejadian Rabu lepas, Nordin Bakar, 40, dan anak saudaranya Norshahrin Che Ibrahim, 38, diserang seekor gajah ketika sedang mencari buah durian di kawasan kebun berkenaan.

Nordin yang mengalami kecederaan dirawat di Hospital Kuala Krai manakala anak saudaranya bernasib baik kerana sempat menyelamatkan diri dengan memanjat sebatang pokok durian. - Bernama