Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Johor Jaya PBK II Syed Nasir Syed Abu Bakar yang dihubungi di sini hari ini berkata operasi dijalankan seawal 8 pagi dengan bantuan enam anggota bomba dan anggota agensi penguatkuasaan lain.

Pencarian tertumpu di kawasan sejauh lapan kilometer menyusuri sungai berkenaan, bermula dari tempat budak lelaki itu dilaporkan terjatuh, katanya.
Mohd Farezuan Anuar , 12, dilaporkan terjatuh ke dalam sungai ketika sedang memancing bersama tujuh rakan dan adiknya kira-kira 3.30 petang semalam. - Bernama