Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, pusat gempa bumi terletak di 21.3 darjah selatan dan 168.8 darjah timur kepulauan tersebut, yang merupakan kepulauan di Pasifik dan 6,178km tenggara dari Semporna, Sabah.

Bagaimanapun gempa itu tidak mendatangkan ancaman tsunami.

Menurut laporan agensi berita Reuters pula, gempa bumi itu telah mengakibatkan berlakunya ombak tsunami kecil berdekatan New Celedonia dan Vanuatu setinggi satu meter hari ini.