Omar mengambil alih jawatan tersebut daripada Datuk Ramli Din yang kini dilantik sebagai Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara (Penyelidikan & Pembangunan) Bukit Aman di Kuala Lumpur.

Menurut Omar, beliau akan meneruskan legasi dasar kepimpinan yang digariskan Ramli sepanjang berkhidmat sebagai Pesuruhjaya Polis Sabah.

"Keutamaan akan diberikan kepada empat aspek iaitu konsep back to basic (kembali kepada asas) dan memelihara integriti serta menghindari rasuah.

"Pada masa sama, turut memfokuskan aspek memerangi kegiatan judi dan jenayah bersindiket serta memperkasakan kepolisan berdasarkan risikan," katanya hari ini.

Beliau berkata demikian selepas menandatangani nota serah terima tugas pada Majlis Serah Terima Tugas Pesuruhjaya Polis Sabah di Auditorium Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah di sini.

Upacara tersebut disaksikan oleh Pengarah Jabatan Pengurusan Bukit Aman, Datuk Seri Asri Yusoff.

Bagaimanapun, tugas Omar sebagai pemangku hanya bersifat sementara sebelum jawatan Pesuruhjaya Polis Sabah itu diumumkan dalam tempoh terdekat. - K! ONLINE