Dalam kejadian pada pukul 7.40 pagi itu, Engku Ermanizara Engku Azmi, 29, terselamat tanpa sebarang kecederaan selepas berjaya keluar sebelum kereta dipandunya itu tenggelam ke dalam parit tersebut.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Mohd. Said Ibrahim berkata, sewaktu kejadian, Engku Ermanizara dalam perjalan­an untuk bertugas di Klinik Kesihatan Air Putih di sini.

“Sewaktu tiba di lokasi kejadian, seekor babi hutan tiba-tiba melintas jalan menyebabkan kereta yang dipandu mangsa kemudian terbabas selepas cuba mengelak (daripada me­langgar) haiwan liar itu.

“Kenderaan itu kemudiannya terjatuh ke dalam parit di tepi jalan sebelum tenggelam. Mangsa berjaya keluar dari keretanya sebelum dibantu orang ramai yang menyaksikan kejadian itu,” katanya kepada Kosmo! di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.