Menterinya, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, fasa pertama operasi pelepasan telur nyamuk aedes Wolbachia itu melibatkan negeri yang mempunyai beban kes denggi dan kepadatan penduduk yang tinggi.   

"Kaedah ini dilaksanakan susulan kejayaan kajian rintis di lapan lokaliti di Selangor sejak Mac 2017 yang telah menunjukkan penurunan kes denggi sebanyak 50 hingga 80 peratus.

"Pelaksanaan fasa seterusnya akan sentiasa dipantau oleh KKM dan analisa akan dilakukan bagi memastikan keberhasilan operasi ini mengurangkan kes dan kematian akibat denggi," katanya pada sidang akhbar majlis pelepasan telur nyamuk aedes berwolbachia di Apartment Sri Rakyat, Bukit Jalil di sini hari ini. 

Sehingga kini, sebanyak 62,421 kes denggi telah dilaporkan sejak 1 Januari hingga 29 Jun, berbanding kes bagi tempoh yang sama pada tahun 2018 iaitu peningkatan sebanyak 29,986 kes.

Manakala jumlah kumulatif kematian demam denggi mencatatkan sebanyak 93 kematian berbanding hanya 53 kematian bagi tempoh yang sama pada tahun 2018, iaitu peningkatan sebanyak 40 kes kematian. - K! ONLINE