Menurut Nurul Izzah, kumpulan itu akan hadir ke negara ini menerusi penganjuran sebuah konsert amal.

“Jika mereka (Radiohead) setuju dengan cadangan untuk mengadakan konsert amal, saya akan bawakan. Doakan.

“Namun kepada pihak media, janganlah laporkan perkara ini dengan terperinci. Nanti kalau mereka tolak, media Malaysia juga dipersalahkan,” ujarnya ketika ditemui hari ini.

Sebelum ini, Nurul Izzah berjanji untuk membawa kumpulan yang popular dengan lagu Creep itu ke negara ini jika Pakatan Harapan (PH) memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada Mei lalu. - K! ONLINE