Pengarah Zoologi dan Veterinar, Pusat Konservasi Panda Gergasi (GPCC) Zoo Negara, Dr. Mat Naim Ramli (gambar kecil) berkata, Nuan Nuan yang bermaksud ‘ramah mesra’ seberat 90 kilogram yang dilahirkan pada 18 Ogos 2015 itu lebih banyak menyendiri selain kelihatan lemah dan banyak tidur ketika berada di Hotel Haiwan MASkargo sejak pukul 1 petang semalam.

Menurut beliau, sejak awal pagi semalam, anak panda betina itu sudah tidak ceria mungkin kerana tertekan dengan pergerakan kenderaan yang kuat dan persekitaran yang agak berbeza.

“Emosi Nuan Nuan dilihat tidak stabil mungkin kerana terdedah  kepada pergerakan kenderaan sepanjang perjalanan dari Zoo Negara ke Hotel Haiwan MASkargo, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bermula pukul 10.50 pagi.

“Nuan Nuan terpaksa ditenangkan dengan diberi makan secukupnya sebelum dibawa menaiki pesawat selama empat jam 20 minit menuju ke Lapangan Terbang Shuanglin, Chengdu di China,” kata beliau ketika ditemui di Hotel Haiwan MASkargo di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.