Pengarah Note Cosmetics, Siti R. Habib berkata, ini berikutan sambutan memberasangkan daripada para pengguna terhadap tiga cawangannya terdahulu iaitu di pusat beli-belah IOI City Mall, Gardens Mall dan One Utama.

"Kelainan utama Note Cosmetics adalah merupakan produk antarabangsa yang mendapat persijilan halal antarabangsa bagi 600 stok keeping unit (SKU) pertama di dunia.

"Note Cosmetics juga sesuai untuk lapisan umur termasuk mempunyai masalah kulit kerana mempunyai anti aging terutama bagi produk baby cream," katanya ketika ditemui selepas perasmian cawangan baharu di Setia City Mall di sini.

Perasmian tersebut turut diserikan dengan kehadiran pelakon tempatan, Elfira Loy.

Beliau memberitahu, selain berstatus halal, produk berkenaan turut disahkan bebas sebarang bahan terlarang dan disahkan secara farmaseutikal.

Ujar Siti lagi, Note Cosmetics yang ditubuhkan sejak empat tahun lalu  sudah sinonim dengan pengguna terutama di Paris, London, Dublin dan negara barat lain walaupun ianya produk dari Turki.

"Kemasukan produk ini ke negara ini juga susulan permintaan daripada para pengguna yang yang sebelum itu membelinya daripada empat cawangan di Singapura selain mahu produk antarabangsa dengan harga berpatutan.

"Kita menyasarkan membuka empat lagi cawangan di negara ini pada tahun depan," katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, harga Note Cosmetics amat berpatutan di antara RM41 hingga RM199.

"Bagi produk baby cream sahaja harganya adalah RM139 dengan kapasiti 35 milimeter yang boleh digunakan sehingga enam bulan bagi penggunaan pada waktu pagi setiap hari," katanya.

Sementara itu,  Elfira menegaskan telah menggunakan produk itu sejak sebulan lalu dan ternyata amat sesuai walaupun bagi ibu mengandung. - K! ONLINE