Noorshila, 52, dan anak­nya, Nurrul Ad­miena Norrizzan, 33, sebelum ini dituduh telah bersekongkol menipu duit lapan orang artis ketika berniaga di Brunei pada April lalu.

“Saya bersumpah demi Allah bahawa saya tidak pernah mengambil satu sen pun duit artis iaitu Encik Mimpi, Liza Abdullah, Rozie Othman, Sheila Mambo, Zul Yahya, Jasmin Ashraff, Ainina Ahmad B dan Aiman Tino sewaktu membawa mereka ke Brunei pada April lalu.

“Saya juga telah membuat laporan polis hari ini (semalam) di Balai Polis Seremban 2 berhubung kenyataan yang dibuat oleh Lana kononnya saya menipu duit artis,” kata Noorshi­la pada sidang akhbar di Binkhalid by Geo’s, Sri Hartamas di sini semalam.

Pelantun lagu Rambu Ramba itu dan anaknya pada sidang akhbar tersebut turut membuat sumpah laknat menafikan mereka pernah menyeleweng wang selebriti seperti yang didakwa.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.