Dalam kemalangan pada pukul 1.47 petang itu, Nooh, 72, mengalami kecederaan pada bahagian dagu selepas kereta Mercedes-Benz E240 dipandunya terjunam ke dalam longkang.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Shahurinain Jais berkata, siasatan awal mendapati kemalangan itu berlaku apabila Nooh yang juga Ahli Jemaah Majlis Diraja Johor yang memandu seorang diri terbabas dengan sendiri.

Menurut beliau, sebelum kemalangan, tokoh agama berkenaan memandu keretanya dari Bulatan Kolam Air menuju ke kediamannya yang terletak di Jalan Kemuncak 14.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.