Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri, Mohamat Johari Mat Nor berkata, bidaan tersebut dibuat oleh seorang lelaki bagi kategori persendirian menggunakan sistem bidaan online (JPJeBID) yang pertama kali digunakan di negeri itu.

"Selain PPC 1 yang dicatatkan sebagai tertinggi bagi siri itu, PPC 3 berjaya dibida pada harga RM45,000, diikuti PPC 33 (RM25,000), PPC 22 (RM12,150) dan PPC 333 (RM6,464).

"Kita menerima sebanyak 586 bidaan menerusi sistem JPJeBID dengan 300 daripadanya adalah bidaan yang berjaya dengan kutipan keseluruhan RM969,738," katanya pada sidang akhbar di Pejabat JPJ negeri di Seberang Jaya di sini sebentar tadi.

Menurut Mohamat Johari lagi, bidaan bagi siri tersebut dibuka selama lima hari yang berakhir semalam selepas JPJ negeri bertukar daripada sistem bidaan manual kepada online.

"PPC merupakn siri keempt di seluruh negara yang menggunakan sistem online selepas Putrajaya, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Kedah.

"Bagi siri-siri berikutnya, pembida perlu menggunakan aplikasi di telefon pintar atau secara online untuk membuat bidaan nombot plat yang dilihat lebih memudahkan," katanya. - K! ONLINE