Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang dalam satu kenyaatan hari ini berkata, pihaknya menerima permohonan bidaan bagi siri PPA sebagai antara yang tertinggi iaitu sebanyak 741 permohonan.

"Daripada jumlah itu, 336 permohonan berjaya dengan bidaan tertinggi ialah bagi PPA 1 iaitu sebanyak RM128,000.

"Manakala bagi kategori nombor pendaftaran biasa, PPA 417 berjaya dibida sebanyak RM1,350 yang menjadikan keseluruhan kutipan permohonan yang berjaya mencecah RM1,070,780," kata kenyataan itu.

Tempahan bagi siri berkenaan dibuka pada 24 Mei sehingga 11 Jun lalu dan akan diumumkan kepada pembida yang berjaya pada 28 Jun ini.

Sementara itu, kenyataan berkenaan berkata, JPJ negeri mencatatkan kutipan sebanyak RM4,278,754 juta bagi bidaan nombor-nombor plat sepanjang tahun ini.

Sebelum ini, nombor plat PNY 1 berjaya dibida pada harga RM111,000, manakala PNG 1 dibida dengan nilai RM350,000. - K! ONLINE