Pemangku Pengarah JPJ negeri, Zulkarnain Yasin pada pengumuman terbabit di Pejabat JPJ Seberang Jaya di sini sebentar tadi berkata, pihaknya menerima permohonan tertinggi bagi sejumlah nombor pendaftaran bagi siri PNG iaitu 1,554 permohonan dan yang berjaya adalah sebanyak 738 dengan nilai RM1.9 juta

"Jumlah permohonan terbabit dan nilai bidaan PNG 1 merupakan yang tertinggi pernah JPJ Pulau Pinang terima setakat ini," katanya.

Proses bidaan tersebut telah dibuka bermula 30 Oktober hingga 13 November lalu.

Sementara itu, Zulkarnain berkata, pihaknya turut memberi peluang kepada pengguna jalan raya di negeri ini menikmati diskaun 50 peratus bagi membayar kompaun sempena hari bertemu pelanggan pada hari ini. - K! ONLINE