Dalam kenyataan hari ini, Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 757 unit telah didaftarkan.

"Jumlah tempahan itu menunjukkan penerimaan yang baik daripada pelanggan bagi model tersebut," kata Pengarah Jualan dan Pemasaran ETCM, Christopher Tan.

ETCM turut menawarkan kempen Best Deal Ever Zero Per Cent GST dan Duit Raya Rebat pada bulan ini iaitu harga kereta tanpa insurans bagi Semenanjung Malaysia adalah RM135,195.59 untuk varian Premium Highway Star dan RM123,874.84 bagi Highway Star. - Bernama