Dalam kejadian kira-kira pukul 4 pagi itu, bot peronda APMM mengesan aktiviti menunda sebuah bot nelayan pada jarak 0.3 batu nautika barat daya Pantai Tebengau, Kuala Kedah.

Pengarah Zon Maritim Kuala Kedah, Komander Maritim Mahmad Faizal Ahmad berkata, bot peronda APMM kemudian cuba menghampiri bot nelayan tersebut untuk pemeriksaan, bagaimanapun nelayan itu bertindak memecut laju.

"Bot peronda APMM mengejar bot nelayan tersebut selama hampir 30 minit sebelum dua nelayan dilihat terjun ke dalam laut berhampiran pantai selepas menemui jalan buntu untuk melarikan diri," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kata beliau, pemeriksaan mendapati bot kelas A itu disyaki beroperasi secara haram tanpa sebarang dokumen.

"Bot nelayan yang dianggarkan bernilai RM45,000 dibawa ke ke Jeti Zon Maritim Kuala Kedah untuk tindakan lanjut dan kes disiasat di bawah Akta Perikanan 1985 atas kesalahan melanggar syarat sah lesen," tambahnya. - K! ONLINE