Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, nelayan kelas C terbabit hanya akan dibenarkan beroperasi semula selepas dibebaskan daripada tuduhan oleh mahkamah namun sekiranya didapati bersalah, tindakan pembatalan lesen akan diambil.

"Kita tidak dapat menerima tindakan segelintir nelayan yang sanggup menjadi 'tali barut' menjual hasil laut mereka kepada nelayan asing semata-mata untuk mengaut keuntungan lebih besar.

"Saya minta Jabatan Perikan untuk mengantung dulu lesen mereka yang ditangkap atas dakwaan kesalahan tersebut sehingga kes selesai sepenuhnya di mahkamah," katanya kepada pemberita di sini hari ini. - K! ONLINE