Mangsa, Jakurulah Jamatli, 58, ditemui di perairan yang sama di dalam sebuah sampan oleh kru bot tempatan kira-kira pukul 10 malam semalam.

Pengarah Maritim Malaysia (APMM) Sabah dan Labuan, Datuk Mohd. Zubil Mat Som berkata, mangsa selamat tiba di Jeti Bot Pancing Kota Kinabalu di sini pada pukul 1.20 petang tadi.

"Pusat Operasi APMM menerima panggilan yang memaklumkan penemuan seorang nelayan sedang mendayung sampan di kawasan perairan Pulaj Mengalum di sini.

"Mangsa kemudiannya, diselamatkan dan disahkan nelayan yang dilaporkan hilang sejak 3 April lalu," katanya di sini hari ini.

Mohd. Zubil berkata, pemeriksaan lanjut mendapati lelaki terbabit berada dalam keadaan baik.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) oleh pasukan APMM bersama agensi berkaitan adalah meliputi 332 batu nautika.- K! ONLINE