Mayat Sapuan Saiman, 60, dijumpai terapung oleh nelayan kira-kira 100 meter daripada lokasi botnya ditemukan.

Pusat Gerakan Operasi Bomba dalam satu kenyataan memaklumkan Sapuan keluar dari rumah pada pukul 6.00 pagi untuk menangkap ikan dan sepatutnya kembali ke jeti pada pukul 8.00 pagi.

"Bagaimanapun, dia tidak pulang dan orang kampung hanya menemukan botnya dengan enjin masih hidup," menurut kenyataan itu.

Mayat Sapuan dihantar ke Hospital Kota Belud dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. - Bernama