Beliau berkata pelbagai destinasi pelancongan berasaskan ekologi atau alam semula jadi terdapat di setiap daerah yang keindahan lokasi eko pelancongan masih terpelihara.

"Namun, kurang promosi menyebabkan industri pelancongan di negeri ini agak muram. Selaras dengan itu, kerajaan negeri akan menjalin kerjasama dengan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Rembau untuk membantu menghasilkan video lokasi pelancongan menarik di negeri ini dan dimuat naik di laman web mereka.

"Laman web mereka menyediakan ruang pasaran cukup besar untuk promosi pelancongan Negeri Sembilan di dalam dan luar negara.

Pasukan produksi diberi kebebasan dalam menghasilkan video mengikut pendekatan dan idea mereka sendiri yang akan disiarkan," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran Kuala Pilah "Food Trail" di Restoran Kak Lang D'Rimba di sini hari ini. - Bernama