Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, Datuk Hasim Rusdi berkata, ini sebagai langkah kerajaan negeri dalam usaha untuk memastikan bekalan makanan negara sentiasa mencukupi untuk permintaan domestik serta bagi meningkatkan pendapatan masyarakat setempat.

"Daerah Jelebu misalnya mempunyai 145 hektar tanah yang telah pun ditanam dengan pelbagai jenis tanaman serta pokok buah-buahan. Disebabkan itu jugalah, Jelebu amat terkenal dengan destinasi buah-buahan di Negeri Sembilan kepada orang luar.

"Selain durian, buah-buahan terkenal ialah manggis, mangga serta nanas dan kebanyakan buah ini dieksport sampai ke Singapura," katanya dalam ucapan pada majlis 'Moh...makan durian' anjuran Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Jelebu di sini hari ini.

Turut hadir Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), Tan Sri Zainal Dahalan, Anggota Dewan Undangan Negeri Klawang, Datuk Yunus Rahmat dan Pengarah LPP negeri, Azizan Abdul Hamid. – K! ONLINE