Beliau bertindak segera mengunjungi rumah tiga beradik itu untuk menyelesaikan masalah mereka yang tidak bersekolah sejak lebih setahun lalu.

Tiga beradik itu ialah Nur Aidil Balqis Abdul Rahman, 13, Nur Alia Adila, 11, dan Nur Alia Apira, 9.

Mohd. Syahbuddin ketika ditemui di rumah tiga beradik itu berkata, dia berasa sedih melihat keadaan tiga beradik berkenaan yang mahu bersekolah semula.

“Amat malang bagi tiga beradik ini jika tidak diberi pendidikan yang sempurna kerana mereka daripada keluarga miskin,” katanya.

Kosmo! Online hari ini melaporkan kisah tiga beradik tersebut yang terpaksa berhenti sekolah akibat kemiskinan keluarga. - K! ONLINE