Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, semua rancangan tersebut bagaimanapun memerlukan sokongan padu golongan nelayan terhadap Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) esok.

"Sebelum ini, tidak banyak usaha membantu nelayan tapi sejak dua tahun lalu, saya ambil keputusan untuk beri bantuan elaun sara hidup RM300 sebulan kepada nelayan.

"Di Kuala Pahang ini sahaja, sebanyak RM2.4 juta diperuntukkan kepada 650 nelayan. Rumah dan masjid kita bekalkan tenaga solar," kata Najib.

Beliau berkata demikian ketika Majlis Ramah Mesra Bersama Nelayan Kuala Pahang di Medan Ikan Bakar Kuala Pahang di sini hari ini yang turut dihadiri calon BN bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Peramu Jaya, Datuk Seri Sh. Mohmed Puzi Sh. Ali.

Terdahulu, Najib ditemani Naib Canselor Universiti Malaysia Pahang, Dato Seri Dr. Daing Nasir Ibrahim mengadakan lawatan ke rumah-rumah nelayan Kuala Pahang yang dinaik taraf dengan kerjasama institusi pendidikan tinggi kejuruteraan itu.

Ujar Najib lagi, segala usaha tersebut dilakukan demi memisahkan golongan nelayan daripada perangkap kemiskinan. - K! ONLINE

"Kita ingin jadikan mereka (nelayan) sebagai anggota masyarakat yang memiliki masa depan yang lebih baik. Ini semua tidak berlaku dengan sendiri, sebaliknya ia dirancang," tambahnya. - K! ONLINE