Najib, dalam catatan di laman Twitter beliau hari ini menyifatkan Napsiah sebagai seorang pejuang UMNO dan tokoh Melayu terbilang.

"Innalillahiwainnailaihirajiun. Saya masih ingat kata-kata Allahyarhamah bahawa yang menjadikan UMNO hidup dan kuat adalah ahli-ahlinya. Semoga roh Allahyarhamah dicucuri rahmat. Al-Fatihah," kata Najib yang juga Presiden UMNO.

Napsiah, 74, meninggal dunia pada pukul 6.10 petang di rumah anak lelakinya di Ampang Jaya, dekat sini akibat barah hati.

Jenazah beliau dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Jalan Melang, Kuala Pilah sebelum solat Zohor esok. - Bernama