Beliau berkata, ketika ini kerajaan negeri masih lagi berbincang mengenai nama rasmi jambatan tersebut dan pelbagai aspek sedang dipertimbangkan.

"Nama itu kerajaan negeri ada cadangan-cadangan tertentu dan kita sedang perhalusi dan akan buat keputusan kemudian," katanya ketika ditemui pemberita pada majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri yang dianjurkannya di perkarangan Kediaman Seri Iman, di sini hari ini.

Tegasnya, tarikh pembukaan jambatan tersebut secara rasmi belum diputuskan lagi.

"Selepas ditutup 17 Jun ini, kita akan buat penambahbaikan setelah kita tengok dalam masa 15 hari itu (tempoh percubaan) apa masalahnya, seperti ada atau tidak papan tanda baharu yang perlu dibuat dan pelbagai aspek lain sebelum kita buat keputusan baharu bila hendak buat (perasmian jambatan)," katanya. - Bernama