Menurut beliau, kaedah yang dijalankan semua agensi terlibat ketika ini wajar diteruskan pada masa akan datang untuk melicinkan segala operasi membantu mangsa-mangsa banjir.

"Saya berpuas hati kerana semuanya berjalan lancar. Mengikut laporan yang saya terima, kaedah pengurusan banjir di seluruh negara ketika ini dijalankan dengan baik sekali.

"Semua mangsa banjir juga dibantu dengan kaedah yang mencerminkan keprihatinan kerajaan dalam membela nasib rakyat pada waktu musibah ini," kata beliau.

Najib berkata demikian kepada pemberita ketika melawat 62 mangsa banjir melibatkan 30 keluarga di pusat pemindahan Dewan Orang Ramai Kampung Sri Damai di sini hari ini. - K! ONLINE