Najib dalam satu kenyataan di laman Facebooknya memberitahu, jawapan bagi ketiga-tiga soalan yang ditujukan kepada beliau baru-baru ini ialah tiada, tiada dan tiada.

“Saya dimaklumkan Guan Eng telah diminta memberi kenyataan kepada pihak polis berdasarkan laporan yang dibuat oleh Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin tetapi beliau tidak membuat laporan polis sendiri terhadap dakwaannya kononnya Barisan Nasional (BN) telah ‘merompak’ wang GST sebanyak RM18 bilion semasa sesi Parlimen yang memberikannya imuniti,” ujarnya.

Bekas Presiden Umno itu turut mempertikaikan dakwaan Guan Eng bahawa Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) pecah amanah kerana tidak mengembalikan cukai pendapatan dan cukai keuntungan hartanah yang terlebih bayar sebanyak RM16.046 bilion dari zaman silam sehingga 31 Mei 2018.

 

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.