Replika kunci bas itu diserahkan kepada Pengetua TKC, Anismah M. Noh oleh Presiden Persatuan Murid-Murid Tua TKC, Tan Sri Rafiah Salim dan disaksikan Rosmah yang juga alumni TKC.

Rafiah berkata, penyerahan sumbangan bas itu merupakan kali kedua diterima sekolah itu selepas kali pertama pada Mei tahun lepas.

“Tahun lepas TKC menerima bas yang boleh memuatkan 44 orang, tahun ini kita terima bas yang boleh memuatkan 25 orang sesuai untuk kegunaan pelajar yang terlibat kegiatan sukan seperti hoki dan bola jaring,” katanya kepada pemberita selepas karnival TKC Walk-Run di Universiti Malaya di sini semalam.

Penganjuran karnival yang masuk kali kedua itu diadakan bertujuan untuk mengutip dana bagi membaik pulih kemudahan peralatan sukan di sekolah berasrama penuh tersebut.

Lebih 1,000 peserta menyertai karnival itu yang merangkumi pelbagai aktiviti kesukanan seperti larian atau berjalan kaki sejauh lima kilometer, tarian poco-poco, senamrobik dan zumba. – Bernama