Hakim Mohd. Nazlan Mohd. Ghazali membuat keputusan itu selepas lima jam mendengar hujahan peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dan hujahan balas oleh Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Mohamad Hanafiah Zakaria.

Ketika membuat keputusan itu, Mohd. Nazlan berkata, larangan tersebut jika dibenarkan menyekat kebebasan bersuara yang dijamin di bawah Perlembagaan Persekutuan.

Barisan pihak pendakwaan diketuai Mohamad Hanafiah dan 11 Timbalan Pendakwa Raya.

Mereka adalah Manoj Kurup; Datuk Suhaimi Ibrahim; Datuk Umar Saifuddin Jaafar; Datuk Ishak Mohd. Yusoff; Donald Joseph Franklin; Muhammad Saifuddin Hashim Musaimi; Budiman Lutfi Mohamed; Sulaiman Kho Kheng Fuei; Mohd. Ashrof Adrin Kamarul dan Muhammad Izzat Fauzan.

Pasukan peguam bela Najib pula Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah; Harvinderjit Singh; Datuk Raj Krishnan; Farhan Read; Rahmat Hazlan; Muhamad Farhan Muhamad Shafee dan Syahirah Hanapiah.

Pada 8 Ogos lalu, Najib didakwa menerima wang berjumlah RM42 juta hasil daripada aktiviti haram yang dipindahkan melalui Sistem Pemindahan Dana dan Sekuriti Secara Elektronik Masa Nyata (RENTAS) ke dalam akaun miliknya di AmIslamic Bank.

Beliau didakwa melakukan perbuatan itu di Am Islamic Bank, Bangunan AmBank Group, No 55 Jalan Raja Chulan, dekat sini antara 26 Disember 2014 dan 10 Februari 2015.

Bagi ketiga-tiga perbuatan itu, Najib didakwa mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFA) (Akta 613) yang boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta sama.

Akta itu memperuntukkan hukuman penjara maksimum 15 tahun dan juga boleh didenda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai hasil daripada aktiviti haram, atau peralatan kesalahan itu pada masa kesalahan dilakukan atau RM5 juta atau mana yang lebih tinggi jika sabit kesalahan. - K! ONLINE