Objektif program ini adalah bagi mengeratkan hubungan NAFAS dengan Ahli Peladang khususnya bagi penduduk setempat yang melibatkan kerjasama antara NAFAS, LPP, Pertubuhan Peladang Negeri (PPN), Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) serta Pengurusan dan Majlis Pembangunan Komuniti Kampung Felda Bukit Ramun.

Dianggarkan lebih 1,000 pengunjung akan menghadiri program selama dua hari ini. Para pengunjung jangan lepaskan peluang menyertai pertandingan serta memenangi pelbagai hadiah menarik serta cabutan bertuah.

Turut diadakan kursus fertigasi cili dan rock melon, pertandingan memancing, kursus pemasaran online serta pertandingan nostalgia desa iaitu pertandingan dam haji, congkak dan sukaneka rakyat.

Nafas dalam satu kenyataan menyatakan, para pengunjung juga dapat bersama-sama dalam program kerohanian - Santai Malam bersama selebriti jemputan Zul Handyblack pada malam ini. 

"Golongan kanak-kanak pula jangan lepaskan peluang menyertai aktiviti interaktif hands on, Agrokids yang akan diadakan esok," ujar kenyataan itu

Selain itu, turut diadakan pertandingan Agrochef yang akan dimeriahkan dengan penampilan Chef Naem, Juadah Bonda dan Bola Selebriti. - K! ONLINE