Program anjuran NAFAS Modal Insan Sdn. Bhd.  (NMISB) merupakan aktiviti kali kedua dan penyertaan adalah terbuka kepada kakitangan NAFAS dan awam.

Pengurus Besar NMISB, Saharudin Mohd. Dan berkata, objektif program tersebut untuk mengenegahkan aktiviti perladangan dan pertanian di kalangan kanak-kanak sekolah.

"Melalui program ini, kita dapat menjalinkan hubungan kerjasama bersama para pelajar sekolah bagi meningkatkan kesedaran terhadap implikasi sains dan teknologi kepada bidang pertanian.

"Selain itu,  ia juga dapat meningkatkan kemampuan asas kanak-kanak ini untuk menjadi lebih kretif dan berinovasi," katanya ketika ditemui Kosmo! di sini hari ini.

Tambah Saharuddin, antara program yang dijalankan seperti Craft Station, Little's Kitchen, Science Experiments, Agro Inventor, Fun On The Farm dan Nafas Barn. - K! ONLINE