Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, pemantauan itu bersifat kritikal kerana hanya agensi kerajaan yang terlibat sahaja yang boleh menguruskan urusan mangsa banjir termasuk di pusat pemindahan sementara.

"Kita bukan menghalang niat ikhlas NGO membantu mangsa banjir tetapi inginkan supaya segala proses melibatkan mangsa banjir berjalan dengan lancar dan sempurna.

"Situasi semasa banjir adalah kritikal terutamanya melibatkan aspek keselamatan jadi lebih baik diketuai agensi bertanggungjawab," katanya di Pusat Khidmat Barisan Nasional Kubang Gajah di sini hari ini.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya pada progam Kesedaran Pengurusan Risiko Bencana Peringkat Komuniti. - K! ONLINE