Dalam sidang akhbar khas di Wisma myPPP hari ini, Presidennya, Tan Sri M Kayveas berkata, parti itu tidak berhasrat untuk menyertai PH selepas keluar daripada Barisan Nasional (BN).

"MyPPP tidak merancang untuk menyertai PH. Buat masa ini, kita fokus untuk memulihkan kepimpinan dalaman parti.

"Sejujurnya, saya kecewa dengan layanan yang diberikan oleh BN sepanjang bersama gabungan itu." katanya.

Terdahulu, Kayveas mempengerusikan mesyuarat pertama parti bersama 22 Ahli Majlis Tertinggi (MT) yang baharu bagi pelantikan sesi 2018/2023 di Wisma MyPPP di Jalan Rotan di sini. - Bernama