Beliau berkata, setakat ini tiada masalah bekalan air dilaporkan kecuali di Kedah iaitu Merbok dan Tanjung Dawai serta Kota Tinggi, Johor disebabkan masalah pada Loji Rawatan Air (LRA).

"Pada masa ini secara amnya tidak ada masalah pembekalan air, paras empangan di seluruh negara ok iaitu melebihi 80 peratus.

"Namun hanya di beberapa tempat di Kedah dan Kota Tinggi mengalami masalah bekalan air yang berpunca daripada LRA. Tetapi, masalah bekalan air di beberapa tempat di Kedah ini dapat diatasi selepas kerja-kerja menaik taraf LRA di Merbok dan kerja-kerja penggantian paip di kawasan Tanjung Dawai diluluskan Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr. Xavier Jayakumar Sabtu lepas," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan majlis Persidangan Antarabangsa Pertama mengenai Isu Kontemporari 2019 di sini, hari ini. - Bernama