Beliau berkata, secara keseluruhannya, takungan kesemua empangan negeri mampu menampung keperluan Loji Pembersihan Air (LPA) dengan permintaan 4,800 juta liter air sehari, sepanjang musim panas yang dijangka berlaku sepanjang Mac hingga April ini.

"Kita juga sentiasa memantau paras bekalan air dalam empangan selain turut melaksanakan 'off-river storage' (ORS) dan Operasi Pengepaman Air Kolam (OPAK) bagi membantu untuk mengekalkan kapasiti air sekiranya diperlukan," katanya.  

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan-Jabatan Kerajaan Negeri Selangor yang dianjurkan Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) di Dewan Jubli Perak, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini, hari ini.

Beliau berkata, status paras takungan air yang mencukupi untuk membekalkan sumber air ke LPA menyebabkan tiada operasi pembenihan awan dilaksanakan setakat ini. - Bernama