Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, hasil pengeluaran durian Musang King dalam tempoh lima hingga tujuh tahun akan datang dijangka mencecah sehingga RM150,000 bagi satu hektar tanah berbanding penanaman nanas sebanyak RM120,000 atau kelapa sawit (RM17,000) setahun.

“Durian Musang King dilihat mampu menjadi sumber kekayaan baharu negara dan tidak mustahil memberi keuntungan buat peneroka Felda yang ber­alih mengusahakan ta­naman tersebut,” kata beliau selepas merasmikan Projek Rintis Ladang Durian Felda, Parlimen Kemaman di Dewan Felda Ne­ram 1 di sini kelmarin.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.