Beliau berkata, durian-durian itu akan diberikan kod QR bagi memastikan keasliannya.

Jelas Ahmad Shabery, kaedah pengesanan menerusi RFID itu kini telah diguna pakai untuk pengedaran sarang burung walet apabila setiap sarang akan mempunyai kodnya sendiri bagi tujuan mengenal pasti dari mana ia dikeluarkan.

“Sehubungan itu, setiap durian Musang King dan durian lain pada masa depan akan diberi kod (QR). Kod itu membolehkan orang ramai mengimbasnya menerusi telefon bimbit.

“Di China, durian banyak datang dari Thailand tapi apabila ada kod QR maka lebih mudah untuk mengenal pasti negara yang mengeksport durian tersebut, kod QR ini penting untuk memastikan keaslian durian itu,” katanya ketika menjawab soalan Senator Datuk Abdul Rahman Mat Yasin pada persidangan Dewan Negara semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.