Musa dilihat keluar dari perkarangan SPRM dengan menaiki sebuah kereta mewah Toyota Vellfire berwarna perak pada pukul 2.10 petang tadi.

Cubaan pihak media untuk menahan kenderaan tersebut bagi menemubual Musa bagaimanapun gagal selepas kerete itu terus meluru laju.

Kereta dinaiki Musa turut diiringi sebuah kenderaan Toyota Vellfire berwarna hitam di bahagian hadapan.

Difahamkan, pihak SPRM akan mengeluarkan kenyataan rasmi dan maklumat lanjut berhubung kes tersebut petang ini.

Terdahulu, Musa dilihat tiba pada pukul 11.45 pagi dengan menaiki sebuah kereta mewah jenis Toyota Vellfire berwarna hitam.

Seramai kira-kira 30 petugas media berkumpul di hadapan pintu masuk Ibu Pejabat SPRM di sini walaupun dalam keadaan hujan lebat bagi menunggu ketibaan Musa.

Difahamkan, musa kelihatan memakai songkok dan bertongkok serta ditemani peguamnya.

Pada 23 Mei lalu, SPRM hadir di kediaman Musa di Sabah, namun mereka tidak dapat melakukan pemeriksaan kerana bekas Ketua Menteri Sabah itu tiada di rumah.

Perkara itu dipercayai mempunyai kaitan dengan siasatan SPRM terhadap Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (Star), Datuk Dr. Jeffrey Kitingan yang bekerjasama dengan Barisan Nasional (BN) dalam usaha membentuk kerajaan negeri selepas PRU-14.

Jeffery sebelum ini disiasat oleh SPRM berhubung dakwaan beliau menerima RM20 juta selepas PRU-14 daripada pihak tertentu. - K! ONLINE