Perkara tersebut disahkan oleh Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Ahmad Abdul Rahman.

Menurut Ahmad, Musa berusia 67 tahun terpaksa menangguhkan proses angkat sumpah sebagai ADUN Sungai Sibuga yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) lalu atas sebab-sebab tertentu.

"Benar, sepatutnya beliau (Musa) dijadualkan mengangkat sumpah pada pukul 2.30 petang hari ini namun, pihaknya telah menghubungi kami memaklumkan proses (angkat sumpah) ini terpaksa ditunda.

"Bagaimanapun, surat tunjuk sebab berhubung ketidakhadiran beliau pada hari ini akan menyusul menerusi kiriman e-mel," katanya ketika ditemui media di sini hari ini.

Tambah Ahmad, Musa yang merupakan bekas Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah tersebut masih mempunyai tempoh mengangkat sumpah sebagai ADUN sebelum 11 September depan sebelum kerusinya itu diisytiharkan kosong. - K! ONLINE