Kosmo! difahamkan PDRM memantau pergerakan Musa yang menerima rawatan di Subang Jaya Medical Centre (SJMC), Selangor sebaik selamat tiba di negara ini kelmarin.

Musa sebelum itu dikatakan menjalani rawatan di Hospital Mount Elizabeth di Singapura bagi menjalani rawatan berkaitan pembedahan pintasan jantung. Sebelum meneruskan rawatan di Singapura, Musa menjalani rawatan di Hospital Cle­mentine Churchill di London, United Kingdom (UK).

Satu sumber memberi­tahu, pihak polis belum me­rakamkan keterangan Ahli Undangan Dewan Ne­geri (ADUN) Su­ngai Sibuga, Sabah itu berikutan faktor kesihatannya.

“Kita sedia maklum berhubung kepulangan Musa dan setakat ini belum ada sebarang tindakan berikutan faktor kesihatan ahli politik itu yang tidak memuaskan,” kata sumber itu ketika dihubungi semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.